business
  Pengenalan | Perkhidmatan Utama | Lain - Lain Perkhidmatan | Pendaftaran | Hubungi Kami

 



PENGENALAN

 

RED ONE TECHNOLOGIES atau dikenali sebagai R1 Tech merupakan sebuah syarikat bertaraf bumiputera dan berdaftar dengan kementerian kewangan yang menyediakan perkhidmatan berasaskan teknologi maklumat. R1 Tech ditubuhkan pada 29 November 2004 dengan nombor pendaftaran (001523639 V) dan mendapat sijil kementerian kewangan pada bulan mac 2006 dengan nombor pendaftaran ( 357-02061498)

R1 Tech menawarkan perkhidmatan membekal, menjual dan menyewa komputer, menjual peralatan dan perisian komputer , pencetak, aksesori, peralatan multimedia, Audio visual, memasang dan menyedia rangkaian (network), membangun perisian dan laman web serta perunding teknologi maklumat dan juga membekalkan peralatan pejabat (office automation) seperti mesin penyalin dan mesin fax. R1 Tech juga berurus niaga dalam membekal Peralatan kemudahan awam / makmal / hospital, membekal dan menyelenggara penghawa dingin, Peralatan sukan , alat bantuan mengajar termasuk bahan bacaan dan cenderamata. R1 Tech juga menjalankan pembekalan makanan mentah basah, kering dan bermasak serta minuman. Namun perniagaan terasnya adalah pembekalan  alat-alat perkomputeran dan peralatan pejabat.

 

R1 Tech adalah syarikat milik penuh bumiputra dan mendaftar dengan kementerian kewangan dalam bidang-bidang yang berteraskan perkomputeran dan kelengkapan pejabat. Diterajui oleh individu yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang teknologi maklumat dan disokong oleh tenaga kerja yang mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang ini, R1 Tech yakin dapat menyediakan perkhidmatan pembekalan dan perkhidmatan selepas jualan  yang cemerlang kepada pelanggan.

 

Walaupun masih baru dalam industri ini, R1 Tech berkeyakinan penuh untuk terus maju dalam bidang ini dan dapat menjadi salah satu penyedia perkhidmatan milik bumiputra yang mampu berdaya saing di negara ini.

 

 

RED ONE TECHNOLOGIES….
                                                                                          ONE FOR ALL…

   

 

 

  5610
 

Copyright 2007 RED ONE TECHNOLOGIES.All rights reserved.